HomeUtamaLKM sasar capai RM8 bilion bagi perolehan eksport industri koko

LKM sasar capai RM8 bilion bagi perolehan eksport industri koko

Read Time:1 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyasarkan pencapaian sebanyak RM8 bilion bagi perolehan eksport industri koko pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sasaran itu didorong selepas berjaya memperoleh hasil eksport koko sebanyak RM7.82 bilion pada tahun lalu dimana ia meningkat berbanding RM6.87 bilion pada tahun sebelumnya.

Katanya, pelbagai program seperti promosi antarabangsa dan domestik perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk mencapai sasaran tersebut.

“Saya melihat industri koko ini mempunyai potensi besar untuk terus berkembang lagi, sebab itu jika kita lihat di peringkat dunia walaupun kita merupakan pengeluar koko terbesar tetapi saya kiran peningkatan produk dalam hiliran juga sedang meningkat.

“Sebab itu saya merasa potensi ini agak besar malahan sasaran tahun ini adalah sebanyak RM8 bilion eksportnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi dan sambutan Aidilfitri Lembaga Koko Malaysia (LKM), di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Hadir sama Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching dan Pengerusi LKM, Datuk Matbali Musah.

Fadillah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, LKM juga perlu memperincikan perkara-perkara strategik termasuk inisiatif agensi itu dalam memberi fokus kepada membantu pekebun kecil dalam meningkatkan produktiviti para pekebun.

“Di samping itu, Program Pembangunan Usahawan Coklat perlu dilaksanakan bagi meningkatkan bilangan usahawan, kapasiti pengeluaran dan peluasan pasaran produk-produk usahawan.

“Tahun 2022, saya difahamkan seramai 242 orang telah berdaftar sebagai usahawan bimbingan LKM dengan jumlah produktiviti pengeluaran 103 tan produk coklat bernilai RM6.8 juta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor huluan koko, pengeluaran biji koko negara masih tidak mencukupi untuk keperluan negara.

Oleh itu katanya, program seperti Hab Perdagangan Koko telah dilancarkan pada tahun 2022 bagi memudahkan urusan pengimportan biji koko kering. “Selain itu, LKM juga menggalakkan pengeluaran biji koko premium dan single origin yang dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding biji koko (bulk beans) yang mampu meningkatkan pendapatan petani,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular