HomeSukanPenjawat awam perlu sahut cabaran wujudkan persaingan sihat dalam organisasi

Penjawat awam perlu sahut cabaran wujudkan persaingan sihat dalam organisasi

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelaksanaan program bagi menghargai jasa dan khidmat bakti pegawai dan kakitangan Kerajaan dilihat dapat membantu memberi galakkan selain mempertingkatkan lagi produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, penjawat awam khususnya di Sabah perlu menyahut cabaran ini dengan mewujudkan persaingan yang sihat bagi membuktikan keupayaan diri masing-masing.

“Secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat bagi mencapai visi dan misi agensi khususnya di Lembaga Sukan Sabah (LSS).

“Penjawat awam adalah benteng dan tulang belakang Kerajaan, bekerja dengan penuh semangat, memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mencapai matlamat Jabatan untuk melahirkan atlet-atlet cemerlang dan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif melalui penyediaan kemudahan sukan.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LSS bagi tahun 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah Datuk Mansur Asun.

Ellron berkata, pihaknya menyeru kepada semua warga kerja LSS agar terus menjadi lebih kreatif dan berinovatif dalam menyampaikan perkhidmatan di tempat kerja masing-masing. 

“Semoga prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh tuan-tuan dan puan-puan ini dapat menjadi contoh kepada semua warga LSS dan dapat memberi pengaruh dan impak yang positif ke arah kecemerlangan KBS Sabah ini keseluruhannya.  

“Kepada kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan di LSS, saya harap kita semua dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.  Kawal pemakanan, seimbangkan gaya hidup dengan membuat aktiviti fizikal dan rehat yang secukupnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular