HomeUtamaBaki 20 Pakej Kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijangka bermula hujung...

Baki 20 Pakej Kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijangka bermula hujung tahun ini – Shahelmey

Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Baki 20 Pakej Kerja bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPBS) daripada Fasa Satu 35 Pakej Kerja dijangka akan di mulakan dalam hujung tahun ini.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, Fasa Satu membabitkan 35 pakej kerja keseluruhannya, bermula dari sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin sehinggalah ke Tawau sepanjang 706KM.

“Pelaksanaan Fasa Satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 79.06 peratus secara keseluruhannya dan dijangka akan siap pada tahun 2024.

“Baki 20 Pakej Kerja bagi projek LPBS yang jangka akan di mulakan dalam hujung tahun ini kebanyakannya terletak di pantai timur Sabah bermula dari Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan dan akan melalui Telupid serta Ranau melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari dua lorong sehala ke empat lorong dua hala dan membina jalan baharu persisir pantai yang bermula dari Serusup, Tuaran ke Simpang Mengayau di Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Ramah Mesra Bersama Media, Sektor Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bersama Project Management Consultant (PMC) HSS Integrated Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai baki 20 Pakej Kerja LPBS sejauh mana proses pelaksanaannya, Shahelmey berkata dari sudut teknikal ataupun dokumentasi kontrak ianya sudah mencapai tahap yang sedia untuk dilaksanakan tetapi untuk memanggil tender tersebut memerlukan keputusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, antara faktor kelewatan pelaksanaan projek.

“Dan itulah berdasarkan kesediaan kita di peringkat pre-tender yang mana kita sudah bersedia, sebab itu kita mengharapkan dan menjangkakan ia sepatutnya dilaksanakan sebelum akhir tahun ini,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, daripada keseluruhan 15 pakej kerja berkenaan dua pakej kerja telah pun dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya. Pakej Kerja 27 Menaiktaraf Jalan Dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32, telah dibuka pada Ogos 2022 dan Pakej Kerja 5 Menaiktaraf Jalan Dari Donggongon ke Jalan Papar Spur telah dibuka kepada para pengguna pada November 2022.

“Manakala dua lagi pakej kerja iaitu Pakej Kerja 15, Menaiktaraf Jalan Tawau Semporna dan Pakej Kerja 21 Membina Jalan Lahad Datu Bypass, di jangka akan dibuka sepenuhnya kepada pengguna jalan raya pada pertengahan tahun ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah akan memastikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan dalam keadaan yang baik.

“Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah agensinya JKR Sabah akan memastikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaran jalan berada dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut tatacara dan piawaian yang telah ditetapkan serta mewajibkan pemeriksaan terhadap pelan pengurusan trafik di tapak secara berkala.

“Pendekatan ini dibuat untuk memastikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan raya semasa kerja-kerja pembinaan di lakukan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya