HomeUtamaHajiji tinjau penggunaan Sistem Persidangan Digital DUN Sabah

Hajiji tinjau penggunaan Sistem Persidangan Digital DUN Sabah

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meninjau penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah, di sini hari ini.

Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke-16 yang dijadualkan pada minggu hadapan. Lebih 70 “touch-sceen tablets” telah dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa kertas (paperless conference system).

Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan Kerja Raya (JKR) , Lornetha Daim.

Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular