Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Tamparuli : Projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Dua bagi fasa kedua dijangka akan mula beroperasi pada Ogos tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, apabila siap kelak, LRA berkenaan bakal membekalkan tambahan air sebanyak 20 hingga 30 juta liter sehari (MLD) bagi kawasan Tuaran dan utara Kota Kinabalu.
“Saya dimaklumkan pada awalnya, loji ini sepatutunya siap pada bulan Jun tetapi mengalami sedikit kelewatan aats masalah mekanikal dan kerja-kerja elektrik.
“Jadi saya menjangkakan bahawa loji ini akan dapat disiapkan apabila proses pengujian dan pentauliahn dilaksanakan pada awal Ogos nanti. Maka apabila siap, kitab oleh menggunakan air terawat dalam 25 hingga 30 peratus daripada kapasiti sebenar loji,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke LRA Telibong Dua Fasa Dua di sini hari ini.
Hadir sama kedua-dua pembantu Menteri Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kapasiti loji berkenaan adalah sebanyak 80 MLD.
“Kenapa kita hanya boleh bekalkan air dalam 25 hingga 30 peratus, ini kerana pemasangan paip dari loji ini masih dalam perundingan bagi memuktamadkan jajaran yang diguna pakai.
“Jadi saya berharap apabila loji ini siap beroperasi pada Ogos nanti diharap tiada lagi masalah-masalah teknikal. Maka kita akan dapat tambahan dalam 20 hingga 30 MLD bagi kawasan Tuaran dan utara Kota Kinabalu,” katanya. – SABAH MEDIA