HomeIsu tempatanUMS, LSHTM kerjasama dalam penyelidikan kesihatan awam

UMS, LSHTM kerjasama dalam penyelidikan kesihatan awam

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

London :  Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat di Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama erat dengan London School of Hygiene & Tropical Medicine (LSHTM).

Kerjasama strategik itu berupaya menjana penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit, kesihatan awam dan kelainan upaya menerusi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UMS dengan LSHTM yang masing-masing diwakili Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pengarah LHSTM, Profesor Dr Liam Smeeth.

Hadir menyaksikan pertukaran dokumen MoU tersebut ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di sini, Khamis lepas.

Terdahulu, kedua-dua pensyarah dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) iaitu Pengarah Borneo Medical and Health Research Centre, Profesor Dr Kamruddin Ahmed dan Ketua Sabah Rehabilitation Research and Service Group, Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy mengadakan diskusi bersama para penyelidik dari universiti terbabit, Profesor Dr Chris Drakely dan Timbalan Pengarah International Centre for Evidence in Disability LSHTM, Profesor Dr Hannah Kuper.

Diskusi diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly berhubung kepentingan pelaksanaan penyelidikan dengan komuniti bagi mendapatkan gambaran jelas impak kajian kepada masyarakat setempat, mempergiat usaha mencari solusi terbaik untuk mengurangkan transmisi malaria serta mengkaji akses kepada penjagaan kesihatan, kelainan upaya dan teknologi rehabilitasi di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular