HomeUtamaUsaha diperkasa tingkat kadar penglibatan pelajar dalam STEM di Sabah

Usaha diperkasa tingkat kadar penglibatan pelajar dalam STEM di Sabah

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Kadar penglibatan pelajar di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM) khususnya sains tulen di Sabah dilihat semakin menurun.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perkara ini amat diambil serius oleh pihak kementerian.

Katanya, pada tahun lalu jumlah pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang Sains telah menurun kepada 20 peratus dan masih jauh daripada sasaran untuk mencapai target 60:40 (60 peratus Aliran Sains dan 40 peratus Aliran Sastera).

“Kerajaan khususnya pihak kementerian akan berusaha untuk menyediakan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam teknikal, Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan pekerjaan masa hadapan.

“Kementerian amat menyokong program-program pembudayaan ilmu berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti program STEM FIESTA yang bertujuan untuk menarik minat pelajar dan menepis presepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang susah. 

“Di samping itu, melalui program ini, secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa , guru-guru dan komuniti mengenai kepentingan Pendidikan STEM dan kerjaya STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program STEM FIESTA peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Zainuddin Aman dan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Dr Mohd Kassim Tusin.

Arifin berkata, pihaknya berharap agar program-program seumpama ini dipergiatkan dan dimulakan di peringkat pra sekolah sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jumlah penyertaan murid dalam bidang pendidikan aliran STEM (Enrolmen STEM).

Katanya, ia juga adalah selaras dengan Pelan Strategik Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Pelan Strategik Sepakat Sabah Hebat.  

“Menyedari akan kepentingan Pendidikan STEM dan keperluan pekerjaan masa hadapan adalah berkaitan STI, pihak kementerian telah memberikan peruntukan kepada semua daerah bagi menjayakan program STEM FIESTA  berjumlah RM250,000.

“Kementerian berharap agar semua Pejabat Pendidikan Daerah dapat menggunakan peruntukan ini sepenuhnya dan sebaik mungkin demi mencapai objektifnya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular