HomeIsu tempatanTun Juhar beri sokongan kepada LCW 2023

Tun Juhar beri sokongan kepada LCW 2023

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

London :  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang dalam rangka lawatan kerja selama empat hari di sini hadir memberi sokongan kepada Minggu Kraf London (LCW) Malaysia 2023.

Tun Juhar dan isteri meluangkan masa mengunjungi pameran seni kraf warisan di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena program tersebut.

Pameran sempena LCW yang berlangsung bermula 8 hingga 14 Mei lalu itu diketuai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan mengangkat tema Abstrak Alam Semula Jadi merangkumi seni dan kraf dari seluruh pelosok negara ini termasuk produk warisan kaum Melayu, Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

Selepas diberi taklimat oleh Tunku Azizah, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah kemudian melawat ke reruai yang mempamerkan seni songket Terengganu dan telepuk di samping produk seni warisan dari Negeri di Bawah Bayu yang mengetengahkan seni kraftangan anyaman Rinago (ribu-ribu) yang diusahakan oleh etnik Rungus di Kudat. 

Selain itu, delegasi Sabah juga menampilkan keunikan anyaman tikar yang popular dalam kalangan etnik Rungus, Bajau Laut dan Iranun, manakala produk sirau oleh etnik Murut.

Antara yang turut serta dalam rombongan terbabit adalah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan Setiausaha Perhubungan TYT, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya