HomePolitikFaktor kepimpinan pemimpin nombor satu bakal jadi percaturan menjelang PRN17

Faktor kepimpinan pemimpin nombor satu bakal jadi percaturan menjelang PRN17

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kuala Lumpur : Faktor pemimpin nombor satu yang bakal mengetuai Kerajaan Sabah merupakan solusi politik yang lebih dekat dihati rakyat. 

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah berkata, ia termasuklah percaturan siapa yang bakal dinamakan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Katanya, perkara itu dilihat menjadi sentimen paling kuat bagi meyakinkan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang. 

“Walaupun landskap politik tempatan sentiasa diulit pelbagai isu semasa, namun kecenderungan rakyat lebih melihat siapa calon popular yang akan menduduki  kerusi Ketua Menteri Sabah.

“Meskipun Gagasan Rakyat yang dinaungi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yant mempunyai ramai tokoh namun saya membayangkan Ketua Menteri yang juga Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Haji Noor akan kekal mengetuai kempen PRN Ke-17 nanti,”katanya.

Selain Gagasan Rakyat, GRS kini turut dianggotai parti-parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanah Air (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Masiung yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata, gabungan terbaharu pembangkang Sabah yang di terajui UMNO, Parti Warisan (Warisan) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) harus diihormati kerana parti-parti berkenaan juga mempunyi penyokong tersendiri.

Meskipun kalangan penganalisis politik menilai sambutan ketiga-tiga parti itu agak perlahan berikutan terpalit dengan kegagalan menjatuhkan kerajaan GRS pimpinan Hajiji, tetapi ia tidak boleh dipandang ringgan.

Ketika ditanya sama ada isu nasional seperti MA63 dan inflasi menjadi konflik terbesar dalam kerajaan Sabah, Masiung berkata, rakyat Sabah lebih sinonim  dengan isu tempatan. 

“Apa yang kita nampak di peringkat awal, Gagasan Rakyat pimpinan Ketua Menteri sekarang mendapat sambutan luar biasa, tapi ia tidak bermakna jika sekiranya parti gabungan dalam GRS tidak sepakat dalam membuat keputusan. 

“Percubaan menjatuhkan Hajiji yang berlaku di Sabah baru-baru ini dianggap satu proses pembersihan di kalangan pemimpin yang tidak sehaluan dalam politik.

” Selepas berlaku air bah… sudah tentu pasir akan berubah menjadi landai dan bersih dari sampah sarap,” tegas Masiung. 

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Tuduhan berat pertikai pelantikan Musa sebagai TYT kerana rasuah – Rahman...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular