HomeUtamaLangkah sesuai akan diteliti atasi kes kecurian air di Sabah

Langkah sesuai akan diteliti atasi kes kecurian air di Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang meneliti dan menilai langkah-langkah sesuai bagi mengatasi kes kecurian air di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia terutama di kawasan yang melibatkan penempatan setinggan yang didiami oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Ini (kecurian air) memang merupakan salah satu cabaran jabatan air dalam usaha untuk menyalurkan air kepada pengguna.

“Kita sedang menilai langkah-langkah selain penguatkuasaan, bagaimana untuk meminimakan kes kecurian ini.  Antaranya mungkin membenarkan penggunaan meter prabayar ataupun meter injap sebagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke LRA Telibong Dua Fasa Dua di sini pada selasa.

Hadir sama kedua-dua pembantu Menteri Datuk Limus Jury dan  Datuk Robert Tawik.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, cadangan bagi penggunaan meter prabayar atau meter injap itu akan diperhalusi bagi melihat kesan pelaksanaannya.

Katanya, JANS dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) juga kini sedang memantau ketirisan air di negeri ini.

“JANS dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang memantau ketirisan air negeri ini dengan menggunakan pendirian khusus bagi menilai jumlah sebenar air yang tidak berhasil (NRW) dengan lebih sistematik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular