HomeUtamaStesen minyak pertama milik koperasi mudahkan pengguna dapatkan bekalan minyak di pedalaman

Stesen minyak pertama milik koperasi mudahkan pengguna dapatkan bekalan minyak di pedalaman

Read Time:2 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuching : Pembukaan Stesen Minyak PCS (Petronas ROVR) di Persimpangan Bapom, Jalan Bau-Lundu, di sini, dapat memudahkan masyarakat di kawasan pedalaman mendapatkan bekalan minyak petrol.

Menteri Pembangunan Usahwan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia juga membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat yang kebanyakannya golongan B40.

“Di Sarawak, isu bekalan minyak petrol di kawasan pendalaman merupakan satu isu yang sangat kritikal di mana pengguna amat sukar mendapatkan bekalan minyak petrol untuk kegunaan harian seperti kegunaan kenderaan, mesin-mesin pertanian dan bot-bot kecil nelayan disebabkan tiada stesen minyak di kawasan luar bandar.

“Saya difahamkan stesen minyak terdekat terletak 25 kilometer dari sini. Oleh itu dengan adanya stesen ini dapat memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan minyak petrol untuk kegunaan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Stesen Minyak PCS (Petronas ROVS) Koperasi Permodalan Salcra Sarawak Berhad, di Persimpangan Bapom, Jalan Bau-Lundu, di sini, kelmarin.

Ewon berkata, larangan pihak berkuasa menjual minyak petrol dalam botol terutamanya di kawasan luar bandar menyukarkan penduduk mendapatkan bekalan petrol.

Katanya, kesempatan itu diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjual minyak di kawasan luar bandar dengan harga yang sangat tinggi disebabkan permintaan penduduk yang terdesak mendapatkan belakan petrol.

“Impak langsung memberi kesan membimbangkan akibat ketirisan dan subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan juga tidak dapat dinikmati terus oleh rakyat secara bersasar,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi isu itu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Petronas Dagang Berhad mewujudkan stesen minyak mini atau kaedah Portable Container System (PCS) ROVR bagi memberi kemudahan kepada rakyat mendapatkan bekalan minyak petrol.

Ewon turut memuji usaha Koperasi Permodalan SALCRA Sarawak Berhad bersama SKM Cawangan Negeri Sarawak kerana mengambil langkah proaktif bekerjasama dengan Petronas ROVR untuk mewujudkan Stesen Minyak PCS ROVR pertama dimiliki dan diuruskan oleh koperasi di Sarawak.

“Inilah semangat perpaduan antara kerajaan dan komuniti melalui koperasi yang ingin kita jelmakan dalam satu jalinan inisiatif secara bersama merentasi ruang lingkup dan sempadan melalui agenda Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata, dengan pembukaan lebih banyak Stesen Minyak PCS milik Koperasi, akan membantu masyarakat luar bandar mendapatkan bekalan minyak petrol dengan harga yang sama dengan di kawasan bandar.

“Saya berharap kerjasama antara SKM dan Petronas ROVR melalui Petronas Dagang Berhad ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan. Adalah menjadi hasrat dan harapan KUSKOP dan SKM untuk koperasi berjaya dalam aktiviti berimpak tinggi seperti ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular