HomeIsu tempatanDua doktor pakar HUMS dihantar ke Turkiye tahun ini

Dua doktor pakar HUMS dihantar ke Turkiye tahun ini

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Istanbul, Turkiye :  Dua doktor pakar Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) akan dihantar ke HiSAR Hospital Intercontinental Istanbul Turkiye mulai tahun ini. 

Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kedua-dua doktor pakar itu akan menjalani latihan bagi pakar kecemasan untuk meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada.

Katanya, ini menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) oleh HUMS dengan pusat perubatan pelbagai kepakaran di Turki,  Istanbul.

“Tujuan attachment ini adalah untuk  meningkatkan kemahiran klinikal, teknologi, dan pengurusan pesakit pakar yg terlibat. 

“Secara tidak langsung, mereka akan dapat mempelajari kaedah pengurusan pesakit yang bertaraf antarabangsa dan menimba ilmu daripada hospital kepakaran yang telah ditubuhkan lama supaya dapat menggunakan evidence based medicine untuk merawat pesakit,” katanya.

Ketika dihubungi media, Kasim memaklumkan MoU yang berkuat kuasa selama tiga tahun itu memfokus kepada tenaga pakar HUMS serta kajian dan inovasi bidang kesihatan.

Katanya, ia merupakan salah satu usaha UMS untuk meningkatkan lagi kepakaran profesional tenaga pakar perubatan HUMS bagi memastikan HUMS mampu memberikan perkhidmatan pada tahap kelas pertama dan bertaraf antarabangsa.

Isnin lepas, Kasim dan Pendaftar, Luqman Ridha Anwar mewakili HUMS manakala HiSAR  yang diwakili Pengurus Besar, Emir Kavak serta Ketua Pakar Perubatan dan Ahli Lembaga Eksekutif HiSAR Hospital, Prof. Madya Dr. Hilmi Aksov mematerai MoU terbabit sambil disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang juga Canselor UMS dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Turut dimaterai, MoU di antara HUMS dengan Institute Yunus Emire Turkiye yang diwakili Presiden institut berkenaan, Prof. Dr Seref Ated yang bertujuan untuk memantapkan lagi komitmen untuk kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan dan inovasi. 

Tambah beliau, MoU berkenaan juga berupaya menggalakkan mobiliti pelajar dan kakitangan bagi meluaskan perspektif akademik, profesional dan budaya  di samping pelaksanaan program pertukaran pelajar serta kakitangan untuk membantu dalam latihan, bimbingan dan pembelajaran.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya