HomeUtamaDua suspek ditahan miliki lebih 1 kilogram syabu

Dua suspek ditahan miliki lebih 1 kilogram syabu

Read Time:1 Minute, 23 Second

SEMPORNA: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 1745.37 gram anggaran jumlah bernilai RM 130,000.00 dalam satu serbuan di sebuah hotel kawasan pekan Semporna pada Sabtu lalu.

Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pada Sabtu (14 Mei) jam 11.40 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Semporna berjaya menahan dua suspek lelaki iaitu seorang warganegara dan seorang lagi warganegara asing.

“Kedua-dua suspek berumur
lingkungan 29 hingga 31 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar kawasan Semporna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, setelah pemeriksaan dilakukan terhadap kedua-dua suspek tersebut, seorang suspek telah memandu arah dan menunjukkan sebuah beg galas berwarna hitam di atas katil.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam sebuah beg galas berwarna hitam telah menjumpai beberapa
paket lutsinar berbagai saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat kasar sebanyak 1745.37 gram bernilai RM 130,000.00,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek di tahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah Semporna.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta
untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Adzilee Suili di talian 014-8665087.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merupakan musuh utama serta merugikan negara,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular