HomeUtama120 Rumah SMJ, trek sintetik RM1.2 juta untuk Papar

120 Rumah SMJ, trek sintetik RM1.2 juta untuk Papar

Read Time:50 Second

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai ribuan tetamu ke rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan
oleh Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dan Adun Kawang Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.

Pada majlis itu, Hajiji dan Fadillah menyaksikan penyerahan secara simbolik replika kunci Rumah SMJ untuk 120 unit yang akan dibina di kawasan parlimen Papar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong menyerahkan kunci kepada Pegawai Daerah Mohd
Fuad @ Frederick Julianus Atik.

Safar turut menyampaikan cek replika berjumlah RM1.2 juta untuk pembinaan trek sintetik padang pekan Papar.

Terdahulu, Ketua Menteri menyertai Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada majlis rumah terbuka Aiidilfitri perkhidmatan awam Persekutuan yang diadakan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali, Speaker Datuk Kadzim Yahya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Persekutuan Datuk Dr Zulkapli Mohamad, Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Makhzan Mahyuddin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan ketua jabatan persekutuan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya