HomeUtamaKSTI, SSTC terus perkasa STEM dan sumber manusia di Sabah

KSTI, SSTC terus perkasa STEM dan sumber manusia di Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bersama Sabah Skills And Technology Centre (SSTC) terus mengorak langkah bagi memperkasa pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain pembangunan sumber manusia di negeri ini.

Langkah itu dilaksanakan menerusi pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KSTI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sabah Skills And Technology Centre (SSTC) bersama Bayam Enterprise Sdn Bhd (BESB) dan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Kerjasama diantara KSTI dan UMS itu adalah termasuk pelaksanaan program, projek atau inisiatif pembudayaan STEM melibatkan quintuple helix, jalinan dan perkongsian rangkaian pakar sebagai penasihat atau peranan lain untuk projek.

Bagi kerjasama diantara SSTC dengan Bayam Enterprise Sdn Bhd (BESB) dan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd pula adalah lebih memfokuskan kepada kerjasama berkaitan pembangunan sumber manusia termasuklah berkaitan program ‘place and train’.

Majlis menandatangani MoU itu dilaksanakan pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KSTI yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin ketika ditemui berkata, MoU yang ditandatangi khususnya bersama UMS adalah bertujuan bagi membudayakan STEM dikalangan masyarakat, pelajar dan berharap ianya akan dilaksanakan dengan jayanya.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, UMS mempunyai banyak bakat-bakat baharu dalam bidang ini, justeru saya berharap kerjasama ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“Bagi MoU kedua pula adalah dalam bidang tenaga dan latihan diantara agensi dibawah kita bersama Bayam Enterprise Sdn Bhd (BESB) dan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd,” katanya.

Arifin berkata, kedua-dua MoU itu akan memberi manfaat dari segi pekerjaan dan pembudayaan STEM dikalangan masyarakat khususnya di Sabah. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular