HomeUtamaDUN Sabah : Istiadat pembukaan keempat DUN diawalkan elak strok haba

DUN Sabah : Istiadat pembukaan keempat DUN diawalkan elak strok haba

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu :   Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang bermula Isnin ini akan dimulakan sejam lebih awal.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya berkata, perubahan masa itu diputuskan selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.

Kadzim berkata, perubahan itu melibatkan Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada jam 8.15 pagi berbanding jam 9.25 pagi pada jadual asal namun bagi aturcara istiadat majlis yang lain adalah tidak berubah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi raptai penuh istiadat berkenaan di sini, semalam.

Hadir sama dalam sesi raptai berkenaan adalah Timbalan-timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun, Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman serta wakil-wakil jabatan serta agensi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sabah, Amirzudi Hashim ketika dihubungi menjelaskan  pihaknya meramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, petang atau malam pada Isnin dan suhu dijangka mencecah 33 darjah selsius bagi Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Utama

300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular