HomeIsu tempatanSukan tradisi Kaamatan dibuka secara fizikal

Sukan tradisi Kaamatan dibuka secara fizikal

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang : Sebanyak 10 acara sukan tradisi sempena perayaan Pesta Kaamatan kini kembali diadakan secara fizikal selepas tiga tahun ianya tidak dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Tradisi, Terrance Edward Pudin berkata, pada tahun lalu hanta dua acara sahaja diadakan secara fizikal iaitu Tarik tali dan gusti lengan manakala lapan lagi acara dilaksanakan secara demonstrasi.

“Namun pada tahun ini, kesemua sepuluh acara iaitu Migazat (Tarik Tali), Mipulos (Gusti Lengan), Momolistik (Melastik), Monopuk (Menyumpit), Manadus (Membujak), Sipatu Tompulangoi (Terompak Gergasi), RampanauMonungkava Kalabau (Menjerat Kerbau), Mompiri atau Magapui (Menyalakan Api) dan Tumutu (Memproses padi) dibuka secara fizikal kepada orang ramai.

“Kita juga amat berbesar hati kerana buat julung kalinya pada tahun ini, acara sukan tradisi kaamatan menerima penyertaan dari negara Brunei Darussalam dalam pertandingan Tarik Tali dan Gusti Lengan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sukan Tradisi Sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2023 di sini semalam.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Putera Jali di Pentas Terbuka, Hongkod Koisaan di sini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LLS, Janih Bangud dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan dan Industri Makanan, Robert Stidi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular