HomeUtamaTun Juhar rasmi persidangan DUN Sabah

Tun Juhar rasmi persidangan DUN Sabah

Read Time:45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jam 8.15 pagi tadi bagi menyempurnakan istiadat Pembukaan Penggal Keempat DUN Sabah ke-16.

Ketibaan Tun Juhar disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.

Sejurus selepas itu, Tun Juhar menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga Pegawai Kanan dan 102 Anggota Pangkat Rendah seterusnya memeriksa barisan kehormatan dari Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kota Kinabalu.

Istiadat hari ini dimulakan sejam lebih awal selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.

Sidang DUN ke-16 dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis dimana beberapa Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentang termasuk RUU anti lompat parti. – SABAH MEDIA / PIX JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

GLC, sektor swasta diseru tampil salur bantuan kepada mangsa banjir

Armizan merakamkan gambar bersama penduduk Kawang semasa Program Jualan Rahmah MADANI di kawasan DUN Kawang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular