HomeUtama140 pasukan dijangka sertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2023 ke-8

140 pasukan dijangka sertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2023 ke-8

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Kira-kira 140 pasukan dijangka mengambil bahagian dalam Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Sabah 2023 Ke-8 tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat tentang perkara itu daripada rombongan FCAS diketuai oleh Presiden Tan Sri T C Goh semasa kunjungan hormat di Bilik Danum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Goh memaklumkan Ketua Menteri bahawa Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh
Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni akan hadir menyerikan acara selama tiga hari bermula 16 Jun ini.

Pada masa sama, Goh turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program-program yang telah diatur sempena dengan Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan yang dianjurkan oleh FCAS tahun ini.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar
Titingan, Timbalan Presiden FCAS dan Pengerusi penganjur Datuk Susan Wong sebagai serta ahli jawatankuasa FCAS.

RELATED ARTICLES
Utama

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya