HomeUtamaDUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik Sabah akan dibentang hujung tahun ini

DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik Sabah akan dibentang hujung tahun ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mencadangkan enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah dibentang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini setiap permohonan tenaga elektrik di Sabah akan merujuk kepada Suruhanjaya Tenaga Elektrik Persekutuan.

“Sekarang ini apabila kita luluskan setiap permohonan tenaga elektrik ini kita akan rujuk kepada Suruhanjaya Tenaga Elektrik di pusat.

“Jadi mereka yang meluluskan apa juga permohonan kita sehingga hari ini dan sehinggalah kita akan memgambil alih Suruhanjaya Tenaga Elektrik ini pada 1 Januari 2024.

“Barulah kerajaan negeri akan mempunyai kuasa untuk menentukan dasar, takrif dan juga kelulusan kepada permohonan-permohonan yang telah dipohon,” katanya semasa sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 di DUN di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertanya mengenai enakmen selepas kuasa kawal selia bekalan elektrik diambil alih Sabah dari kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) yang bertanya mengenai insentif yang dan dasar yang diberikan kepada sektor tenaga khususnya tenaga solar.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) berhasrat melaksanakan pembidaan bagi pembangunan projek-projek solar berskala besar.

“Kerajaan melalui ECoS berhasrat melaksanakan pembidaan bagi pembangunan projek-projek solar berskala besar sebanyak 100 MegaWatt secara berperingkat setelah mengambil kuasa kawal selia pembekalan elektrik kelak,” jelasnya.

Menurutnya, projek Solar Berskala Besar adalah berkonsepkan Independent Power Producer (IPP) di mana pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan IPP menandatangani perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) untuk pembelian tenaga.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular