HomeUtamaDUN Sabah : KSTI komited pastikan usaha pembudayaan STIE di Sabah dipertingkatkan

DUN Sabah : KSTI komited pastikan usaha pembudayaan STIE di Sabah dipertingkatkan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) komited memastikan usaha-usaha pembudayaan dan pemerkasaan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di Sabah akan terus dipertingkatkan.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kementeriannya giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merangsang minat masyarakat terhadap bidang STIE.

Katanya, ia termasuklah pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi di Perpustakaan Keningau dengan kos sebanyak RM3 juta selain dijangka siap pada penghujung 2023.

“Pusat ini dilengkapi dengan pengisian teknologi terkini berkonsepkan asas Sains iaitu Matematik, Fizik, Biologi dan Kimia dengan diorama persekitaran yang menyeronokkan dan berinformasi.

“Selain itu, kementerian juga turut merancang melaksanakan satu projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu. KSTI dalam proses mengenalpasti tapak yang sesuai bagi pembinaan Pusat Sains Sabah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi KSTI di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Arifin berkata, kementerian telah berjaya mendapatkan persetujuan pembinaan Pusat Sains di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau dan Sandakan yang bernilai lebih daripada RM10.2 juta daripada PETRONAS masing-masing RM5.1 juta untuk setiap satu.

Katanya, adalah diharapkan kerjasama dengan PETRONAS itu akan dapat diteruskan di semua baki 20 cawangan perpustakaan negeri yang lain.

“KSTI juga akan meneruskan usaha pembudayaan sains melalui program pembudayaan dan pengadaptasian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kolaborasi rakan strategik daripada persekutuan serta agensi dalam dan luar negara.

“Di antara program pembudayaan STEM yang dilaksanakan pada  tahun ini adalah seperti Karnival Sains Sabah Tahun 2023 sempena Minggu  Sains Negara dengan kerjasama MOSTI.

“Program Kembara Sains Sabah bersama Pusat Sains Negara; Kembara Sains Borneo bersama Akademi Sains Negara; Teater Mini STEM bersama Persatuan STEM Nasional; dan Program STEM FIESTA di 24 Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Selain itu, Arifin berkata beberapa program lain juga diadakan seperti Program  Cerapan  Matahari dan Bintang serta Program  Jelajah Astronomi bersama Planetarium Negara dan Dark Sky; Program Karnival STEM4U@UMS; Pertandingan Young Scientist, Fun@Laboratory; Pusat U-Science, UMS dan Program Outreach STEM bersama UiTM Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular