Kanak-kanak lelaki diserang buaya, terima 8 jahitan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 29 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menerima lapan jahitan di lengan kanan dipercayai telah diserang seekor buaya semasa berenang menuju ke rumahnya di laluan jalan kampung perumahan berair di Kampung Batu Putih di sini petang semalam (23 Mei).

Pembantu Jabatan Hidupan Liar
(JHL) Sandakan Mozain Abbas berkata, semalam pihaknya menerima maklumat daripada pengadu mengenai kejadian itu.

Menurut Mozain, pengadu Ubing Markum, 39, yang juga bapa kepada mangsa memeberitahu kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1.00 petang sewaktu pasang besar air laut.

“Lokasi kejadian di dilaluan jalan kampung perumahan berair mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bersama rakan sebaya difahami berenang keluar daripada rumah jiran menuju balik ke rumah dan tiba-tiba diserang dan dibaham bahagian tangan namun mangsa sempat melawan dan berjaya melepaskan diri sebelum diselamatkan oleh bapa mangsa Ubing.

“Mangsa telah dibawa dan menerima rawatan di Klinik Manshor Batu 7 di Sandakan.

“Keadaan mangsa stabil ketika lawatan dilakukan dirumah mereka dan tidak ada kecederaan serius yang dilaporkan namun mangsa menerima lapan jahitan dilengan sebelah kanan dan juga cedera dibahagian bahu kanan dan kepala,” kata Mozain dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan daripada kejadian itu, Mozain berkata, pasukan JHL Sandakan telah bertemu dengan bapa mangsa untuk mengambil maklumat dan melihat mangsa dirumah mereka.

“Dalam pada itu juga pemantauan telah dibuat di sekitar lokasi kejadian, bagaimanapun semasa tinjauan dibuat tiada kelibat buaya dilihat berhampiran kawasan dan sewaktu tinjauan dibuat air surut sepenuhnya,” katanya.

Berikutan daripada kejadian itu, pihak JHL menasihati para penduduk setempat agar sentiasa berwaspada apabila menggunakan laluan jalan ketika digenangi air pasang dan sentiasa memastikan anak-anak tidak berada atau bermain di kawasan berhampiran sungai berkenaan bagi tujuan keselamatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *