Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan mengadakan Program Advokasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini baru- baru ini.
Program taklimat berkenaan rasuah dan sesi bacaan Ikrar Berkaitan Rasuah (IBR) itu disertai seramai 31 pegawai dan kakitangan KPDN Cawangan Sandakan dan lima pegawai daripada SPRM.
Ketua Cawangan KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, pelaksanaan program itu adalah bagi memupuk kerjasama dan hubungan baik di antara kedua-dua jabatan di dalam pelaksanaan tugasan penguatkuasaan.
Katanya, program ini juga dapat memberi pendedahan, pengetahuan dan kefahaman berkaitan pencegahan rasuah serta salah guna kuasa di kalangan penjawat awam.
“Selain itu, kita juga mahu memberi kesedaran bahaya dan kesan rasuah atau salah guna kuasa terutama berkaitan tugasan penguatkuasaan dan seterusnya menerapkan sikap membenci rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan pejabat.
“Program ini juga akan dapat memahami fungsi dan tanggungjawab melaporkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa serta saluran yang boleh dibuat berkaitan pencegahan rasuah,” katanya.
Sesi bacaan Ikrar IBR dan menandatangani IBR turut dilaksanakan selepas taklimat rasuah yang juga disaksikan oleh Ketua Cawangan SPRM Sandakan. – SABAH MEDIA