HomeUtamaDUN Sabah: 84 MW kapasiti tenaga solar di Sabah sedang dilaksanakan

DUN Sabah: 84 MW kapasiti tenaga solar di Sabah sedang dilaksanakan

Read Time:3 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 84 MegaWatt (MW) jumlah kapasiti tenaga solar sedang dilaksanakan di negeri Sabah.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, antara projek solar yang dilaksanakan iaitu Projek Solar Berskala Besar (Large Scale Solar) iaitu projek solar yang berkapasiti melebihi 1 MW yang berjumlah sebanyak 50 MW dan telah beroperasi sejak tahun 2018 di Kudat.

“Manakala Projek Solar Photovoltaic (Solar PV) di bawah skim Feed-in Tariff yangberkapasiti 1 MW dan ke bawah sebanyak 796 pepasangan jenis individu,komersial dan komuniti yang berjumlah sebanyak 34 MW,” katanya semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke -16 (DUN) Sabah di DUN Sabah di sini hari ini.

Nizam berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN dilantik) Datuk Seri Yong Teck Lee bertanya kepada Ketua Menteri, mengenai jumlah Megawatt (MW) tenaga dari solar power yang kini dijana di Sabah dan sasaran tenaga dari solar power yang diperlukan di Sabah.

Beliau berkata, kapasiti Solar Berskala Besar yang sedang dalam pelaksanaan adalah 62 MW dan dijangka siap pada tahun 2024 di lokasi-lokasi seperti melaksanakan satu projek di Beaufort berkapasiti 6 MW; Satu projek di Kunak berkapasiti 5 MW; dua projek di Sandakan dengan jumlah kapasiti 20 MW; tiga projek di Tawau dengan jumlah kapasiti 16 MW; dan dua projek di Labuan dengan jumlah kapasiti 15 MW.

Katanya, jumlah besar tenaga solar yang telah dan akan beroperasi di dalamgrid Sabah adalah sekitar 146 MW atau 11% daripada jumlah kapasiti penjanaan seluruh grid Sabah.

Nizam menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sedar akan potensi dan manfaat tenaga solar sebagai tenaga boleh baharu dan mesra alam yang berpotensi tinggi di negeri ini.

“Selain menitikberatkan kemampanan alam sekitar, kerajaan juga prihatin dan bertanggungjawab untuk memastikan bekalan tenaga elektrik kepada pengguna di Sabah adalah terjamin dari segi sekuriti bekalan dan dilaksanakan dengan kos yang optima agar tidak membebankan rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Dalam pada itu,  beliau turut memaklumkan menurut maklumat daripada Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER) yang dirangka oleh pihak SEDA (Sustainable Energy Development Authority) pada tahun 2021, potensi solar di negeri Sabah adalah terbaik di Malaysia.

“Sebanyak 99,400 MW sekiranya berdasarkan kepada jumlah kesemua keluasan tanah tidak dibangunkan sebanyak 1,887 km persegi atau sekitar 2.6% daripada jumlah keluasan tanah negeri Sabah bagi reka bentuk solar terpasang di permukaan tanah (atau jenis Ground Mounted). Akan tetapi secara praktikal, sekiranya sebahagian kecil daripada keluasan tanah tersebut dibangunkan sebagai ladang solar, umpamanya 1% daripada 1,887 km persegi (iaitu sekitar 19 km persegi atau 4,600 ekar), ianya boleh menghasilkan kapasiti solar sekitar 1,000MW.

“Namun, bagi memastikan kestabilan grid Sabah, kapasiti tenaga solar yang boleh disambung dan disalurkan ke grid Sabah adalah dihadkan kepada 22% daripada kehendak maksima sistem grid (iaitu dihadkan kepada 220MW sahaja ketika ini) memandangkan kepada kuasa tenaga solar yang tidak konsisten dan bergantung dengan keadaan sinaran matahari.

“Oleh itu, sasaran tambahan kapasiti tenaga solar yang dirancang oleh Kerajaan Negeri pada masa akan datang adalah terhad iaitu sekitar 100 MW sehingga tempoh 2027.

“Walau bagaimanapun, kapasiti tenaga solar yang disalurkan ke grid elektrik negeri Sabah boleh ditingkatkan lagi sekiranya teknologi sistem simpanan

tenaga bateri (Battery Energy Storage System) digabungkan bersama teknologi tenaga solar bila masa teknologi ini matang dan berdaya saing di masa akan datang,” katanya.

Justeru, Nizam berkata, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) iaitu suatu badan berkanun negeri yang akan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik termasuk tenaga boleh baharu dari Kerajaan Persekutuan pada penghujung tahun ini akan juga menilai pelaksanaan projek-projek tenaga solar yang tidak disambung ke grid elektrik Sabah seperti penjanaan atau penggunaan tenaga kendiri, pembekalan khusus umpamanya ke taman perindustrian dan sebagainya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular