HomeSukanPemain Sabah FC masih terlalu leka apabila mendahului

Pemain Sabah FC masih terlalu leka apabila mendahului

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mengakui anak buahnya masih terlalu leka selepas pasukan mendahului lawan ketika bertemu Perak FC di Stadium Likas malam tadi.

Situasi sama juga dihadapi pasukan itu ketika seri 2-2 dengan Terengganu FC di laman sendiri pada Jumaat lalu.

Kim Swee berkata, meskipun mengutip tiga mata selepas menewaskan Perak FC 3-1, namun kegagalan para pemain mengekalkan corak permainan pada babak kedua menyebabkan Sabah FC berdepan situasi bahaya.

“Bagi kita, mendapatkan tiga mata itu memang yang penting tetapi secara keseluruhan kita tidak bermain seperti mana yang kita lakukan pada separuh masa pertama.

“Selepas menjaringkan tiga gol kita mula leka dan kita akhirnya dihukum. Jadi ini satu perkara yang perlu kita elakkan. Mengutip tiga mata memang amat penting tetapi banyak lagi kelemahan yang perlu kita perbaiki,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan di sini malam tadi.

Pada aksi perlawanan semalam menyaksikan Sabah FC mendahului 3 – 0 pada separuh masa pertama sebelum Perak FC mendapat gol tunggal pada minit ke-82, menjadikan keputusan berubah 3 – 1 pada akhir permainan.

Situasi sama berlaku ketika menentang Terengganu FC Jumaat lalu yang menyaksikan Sabah mendahului 2 – 1 pada separuh masa pertama sebelum terikat 2 – 2 apabila Terengganu berjaya meledak gol penyamaan pada minit kecederaan separuh masa kedua.

Gol tunggal Perak FC malam tadi dijaringkan pemain tengahnya, Harith Naem, manakala tiga gol Sabah FC masing-masing dijaringkan Darren Lok pada minit keempat, diikuti Park Taesu (minit 31) dan Baddrol Bakhtiar (minit 41). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular