HomeUtamaDUN Sabah: Sabah perlu 600,000 lembu sebelum hentikan intervensi import hasilan ternakan

DUN Sabah: Sabah perlu 600,000 lembu sebelum hentikan intervensi import hasilan ternakan

Read Time:1 Minute, 59 Second

KOTA KINABALU: Sabah perlu mempunyai 600,000 ekor lembu sebelum mampu menghentikan sebarang intervensi import hasilan ternakan, kata Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim.

Katanya, keperluan daging tahunan secara puratanya adalah sebanyak 16,800 tan metrik yang bersamaan dengan 60,000 ekor lembu pedaging yang disembelih.

“Populasi semasa lembu pedaging hanyalah 43,410 ekor dan dengan mengambil kira kadar ekstraksi dan mortaliti sebanyak 10%.

“Justeru, Sabah perlu mempunyai 600,000 ekor lembu sebelum mampu menghentikan sebarang intervensi import hasilan ternakan, keperluan ini akan meningkat sejajar dengan pertambahan populasi Sabah” katanya semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-16 (DUN) Sabah di DUN Sabah di sini hari ini.

Peto berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Dr Daud Yusof mengenai rancangan jangka masa panjang kementerian untuk mengurangkan kebergantungan import hasil ternakan dari luar negara.

“Oleh itu, Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah telah membuat lima perancangan jangka masa panjang bagi mengurangkan kebergantungan import hasil ternakan dari luar negara.

“Meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) bekalan daging segar selaras dengan Inisiatif Keselamatan Makanan Negara melalui Penternakan Lembu secara Fidlot,” katanya.

Menurutnya, DVS Sabah telah bekerjasama dengan sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi peningkatan populasi daripada 14,000 ekor kepada 35,000 ekor pada tahun 2028.

“GLC berkenaan juga akan memacu perniagaan lembu berkonsepkan lestari dengan mewujudkan tanaman makanan ternakan bagi menyediakan makanan dengan kos lebih murah untuk lembu. 2. Memperkasa Program Penternakan Integrasi di bawah Kelapa Sawit.

“Di bawah program ini, DVS Sabah akan mengagihkan sebanyak 840 ekor lembu pedaging, 1,050 ekor kambing pedaging dan 320 ekor bebiri setiap tahun bermula tahun 2021 hingga tahun 2025.

“DVS Sabah bersama-sama dengan dua buah GLC, 15 Usahawan Besar yang mempunyai lebih 50 ekor lembu dan 123 Usahawan Kecil yang mempunyai kurang 50 ekor lembu akan terus mempergiatkan aktiviti pembiakan dan seterusnya meningkatkan kadar populasi ternakan daripada 30,000 ekor kepada 90,000 ekor menjelang 2030,” jelasnya.

Beliau berkata, penglibatan dalam program Lembah Tenusu Borneo adalah usaha untuk mengoptimumkan pengeluaran ternakan ruminan secara dual-purpose (susu dan daging).

“Kerajaan mempunyai 18 buah ladang-ladang pembiakbakaan ruminan di seluruh Sabah. Oleh itu, para penternak tidak perlu bergantung kepada perolehan baka daripada luar negara.

“Selain itu, Pusat Bioteknologi DVS Keningau akan terus aktif melaksanakan program Permanian Beradas (Artificial Insemination) bagi meningkatkan kecekapan pembiakan, memperbaiki genetik ternakan dan mencegah penyebaran penyakit,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya