HomeUtamaDUN Sabah : Pegawai Perkhidmatan Pelanggan perlu diberi latihan untuk berdepan dengan...

DUN Sabah : Pegawai Perkhidmatan Pelanggan perlu diberi latihan untuk berdepan dengan pengguna

Read Time:1 Minute, 49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pegawai perkhidmatan pelanggan atau ‘costumer service’ di semua jabatan Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) disaran agar dapat diberi latihan secara khusus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor Chong Chen Bin berkata, ia adalah bagi memberi latihan kepada petugas terlibat untuk berdepan dengan pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima pelanggan.

“Saya selalu dengar pengguna marah apabila JANS Careline Centre sangat tidak mesra pelanggan. Saya sendiri sudah cuba menghubungi talian tersebut tapi tidak pernah dijawap sehingga memaksa saya berhubung dengan pegawai atasan mereka di peringkat daerah.

“Mungkin mereka takut atau sudah tidak sanggup berhadapan dengan api kemarahan pengguna namun mereka ini dibayar gaji untuk melakukan tugasan sedemikian maka tiada alasan untuk mereka berhadapan dengan pelanggan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Dasar Kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Katanya, ruangan komen di Facebook rasmi jabatan Kerajaan negeri yang terlibat juga dinyah aktif dan menyukarkan pengguna untuk membuat aduan.

Justeru beliau memohon Menteri Kerja Raya agar dapat mempertimbangkan pegawai bahagian perkhidmatan pelanggan khususnya JANS dapat diberi latihan secara khusus bagi berhadapan dengan pengguna yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang pelanggan terima.

“Mereka adalah petugas barisan hadapan dalam JANS. Jika mereka dapat mengawal kebanyakan aduan daripada pengguna, saya pasti isu ini dapat dikawal sebaik mungkin seterusnya bukan wakil rakyat atau kerajaan negeri yg dipersalahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Chen Bin memuji pegawai perkhidmatan pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang sangat proaktif dan selain memberi respon dalam setiap aduan yang di kemukakan.

Namun beliau melihat isu teknikal dalam SESB itu sudah terlalu uzur dan perlu pembaharuan.

“Saya cadangkan agar SESB melaporkan setiap masalah teknikal yang memerlukan bajet yang besar dapat diajukan kepada pihak kerajaan untuk bantuan peruntukan yg diperlukan.

“Kita bertuah kerana mempunyai Perdana Menteri yang perihatin terhadap masalah kita di Sabah dan sanggup salurkan dana yang besar bagi mengatasi masalah ini,”katanya.

Chen Bin turut menyatakan persoalan bahawa apakah pihak SESB dan JANS akan fikirkan sebarang ganjaran atau rebat secara ‘One Off’ rakyat yang terjejas dengan masalah gangguan elektrik dan air agar ianya dapat meringankan sedikit beban rakyat di seluruh negeri Sabah.– SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Datuk Suhaimi didasari emosi, bukan fakta sebenar – Nizam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular