HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan negeri komited lulus RUU larang ADUN bertukar parti

DUN Sabah : Kerajaan negeri komited lulus RUU larang ADUN bertukar parti

Read Time:2 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah menegaskan komitmennya dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 yang memperuntukkan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pindaan itu adalah bertujuan bagi memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negeri terus berdepan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan.

“Pindaan undang-undang ini juga akan memberikan mesej yang jelas kepada setiap ADUN supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada Ahli yang dipilih ketika proses pilihan raya.

“Selain daripada itu, saya yakin RUU ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana ADUN yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan yang munasabah sekaligus memastikan kestabilan politik di Negeri ini untuk suatu jangka masa yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RUU pindaan Perlembagaan Sabah yang memperuntukkan larangan ADUN bertukar parti pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Hajiji berkata, tindakan bertukar parti atau lompat parti ADUN di negeri ini sering berlaku dan perkara ini menyebabkan ketidakstabilan politik yang seterusnya mengganggu perancangan pembangunan di negeri ini.

Katanya, Kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

“Ini kerana ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di DUN,” katanya.

Menurutnya, parameter penggubalan RUU itu antaranya menetapkan peruntukan larangan ADUN bertukar parti ini tidak akan terpakai secara retrospektif dan pelaksanaan Enakmen akan bermula dari tarikh kuat kuasa Enakmen.

Selain itu, Hajiji berkata, ADUN yang keluar daripada parti politik dalam satu parti gabungan dan menyertai parti politik yang lain dalam gabungan yang sama atau berbeza adalah terhenti menjadi ADUN.

“Parameter lain termasuklah keanggotaan seorang ADUN merujuk kepada keanggotaan dalam sebuah parti politik tidak kira sama ada parti politik itu merupakan anggota sesebuah parti gabungan atau tidak.

“Selain daripada itu, keanggotaan seorang ADUN juga merujuk kepada seorang ADUN yang bukan anggota mana-mana parti politik yang membentuk suatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota parti gabungan itu ataupun direct member of the coalition party.

“Keanggotaan ADUN dalam parti gabungan tidak akan diambil kira kerana persoalan dasar utama yang menjadi asas dalam penggubalan undang-undang ini adalah keahlian seorang ADUN dalam suatu parti politik,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penggunaan simbol parti politik atau simbol parti gabungan tidak akan diambil kira dalam RUU  berkaitan dengan larangan ADUN bertukar parti.

Katanya, mana-mana ADUN yang bertukar parti politik atau mana-mana ADUN yang meninggalkan parti politik untuk menjadi ADUN bebas akan terhenti menjadi ADUN dan perlu mengosongkan kerusi.

“Selain itu, ADUN tidak terhenti menjadi ADUN sekiranya parti politiknya terbubar atau dibatalkan pendaftarannya.

“Pelepasan keanggotaaan ADUN daripada parti politik apabila dipilih menjadi Speaker DUN Negeri tidak menyebabkan beliau terhenti menjadi ADUN. Dalam erti kata yang lain, perkara ini tidak akan menyebabkan Speaker kehilangan kerusinya (vacate his seat) di Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Tambahnya, pemecatan ADUN daripada keanggotaan dalam parti politik tidak akan menyebabkan kekosongan kerusi ADUN itu.

Sementara itu, Hajiji berkata, selaras dengan perkara ini, RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 ini mengandungi lima fasal. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri bantu penduduk kampung bayar bil elektrik tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular