HomeUtamaLapan barangan disenarai dibawah SHMMP Pesta Kaamatan

Lapan barangan disenarai dibawah SHMMP Pesta Kaamatan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan lapan barangan dibawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, SHMMP itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula 27 Mei hingga 2 Jun depan.

Katanya, pelaksanaan skim itu adalah bertujuan menstabilkan harga barangan semasa permintaan terhadap barangan yany dijangka akan meningkat semasa menjelangnya perayaan, semasa perayaan dan beberapa hari selepas perayaan.

“Sebanyak lapan jenis barangan dikawal di bawah pelaksanaan skim ini. Selain itu, enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur sedang dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari 2022.

“Senarai lapan jenis barangan yang dikawal itu adalah Kepak Ayam; cili kering leper; daging kerbau import (India); bawang kecil merah (India); bawang putih (China); babi hidup; daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke atas peniaga dan melancarkan SHMMP Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Salahuddin berkata, berdasarkan pemerhatian mendapati terdapat beberapa barangan yang dijual lebih rendah dari harga kawalan dan secara tidak langsung menggambarkan peniaga bersama-sama dengan pihak Kementerian bagi menjayakan Skim ini.

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDN telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan. 

“Kerajaan berharap semua pihak dapat mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya. 

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular