HomeUtamaSabah berpotensi jadi destinasi pelancongan Islamik

Sabah berpotensi jadi destinasi pelancongan Islamik

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Sabah mempunyai potensi besar dan luas untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan Islamik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, antara kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan adalah sekitar Kundasang, Ranau dan Semporna.

“Selain Negara China, Sabah turut menerima jumlah kemasukan pelancong dari negara Islam yang sangat tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ruslan berkata, perkhidmatan dan pengurusan pelancongan secara Islamik seperti pakej Inap Desa perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelancong daripada negara Islam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Lumadan menegaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah bagi mewujudkan larangan ADUN bertukar atau melompat parti perlu dalam usaha mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya