PM Anwar dijadualkan menghadiri empat program di Sabah esok

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan menghadiri empat program dalam lawatan ke negeri Sabah di sini esok.

Lawatan beliau ke Sabah esok merupakan yang keempat sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam lawatan itu, Anwar dijadualkan akan menghadiri Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Hongkod Koisaan Persatuaan Kadazan Dusun Sabah (KDCA) Penampang pada jam 10 pagi.

Majlis penutup itu dijangka akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sejurus selepas itu, Anwar akan menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Markas Lima Briged Kem Lok Kawi kira-kira jam 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Utama Markas Lima Briged Kem Lok Kawi.

Selepas itu, beliau kemudian akan menghadiri Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra Bersama Paparian kira-kira jam 2.30 petang bertempat di Tapak Bazar Palm Square KinarutP apar.

Mengakhiri lawatan beliau ke Sabah, Anwar dijadualkan akan menghadiri Program Temu Anwar kira-kira jam 5 petang bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sebelum ini, Anwar berkata beliau akan datang ke Sabah untuk melihat isu infrastruktur termasuk isu air yang menjadi masalah kepada penduduk di beberapa daerah di negeri ini.- SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *