HomeSukanKategori khas diperkenal pada perlumbaan perahu naga antarabangsa

Kategori khas diperkenal pada perlumbaan perahu naga antarabangsa

Read Time:1 Minute, 52 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:    Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa kali kelapan yang bermula Jumaat depan akan memperkenalkan satu kategori khas iaitu Gabungan Persatuan Cina.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri Dr. T.C. Goh berkata, kategori itu bertujuan untuk menggalakkan persatuan-persatuan Cina untuk mengambil bahagian di samping dapat merapatkan hubungan sesama peserta serta memeriahkan lagi acara terbabit.

“Pada kali ini, 140 pasukan telahpun mengesahkan penyertaan masing-maisng termasuk pasukan dari Brunei Darussalam dan Filipina pada 16 hingga 18 Jun  ini di Teluk Likas.

“Pada tahun ini, tiada penyertaan daripada pasukan negara China disebabkan kekangan waktu untuk persediaan pasukan selain negara tersebut baru sahaja membuka sekatan perjalanan rakyat mereka ke luar negara.

“Antara kelainan yang ditampilkan pada pertandingan edisi kelapan adalah penampilan kategori khas iaitu kategori untuk Gabungan Persatuan Cina Malaysia turut diperkenalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat bersama rombongannya terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini.

Goh berkata, melancarkan perjalanan pertandingan kali ini, FCAS telah membeli sebanyak 10 buah perahu naga yang baharu, di samping penyediaan lebih RM90,000 nilai bagi hadiah keseluruhan.

“Penambahan ini menjadikan 30 buah perahu naga sedia digunakan yang mana diharap mampu memendekkan masa persediaan bagi setiap pasukan yang sebelum ini memakan masa antara 20 hingga 30 minit, selain memudahkan pertukaran setiap pasukan yang bertanding,” katanya.

Dalam pada itu, Goh berkata, majlis perasmian perlumbaan perahu naga akan dirasmikan serentak dengan Pesta Kebudayaan Cina Malaysia Ke-38 dan dijangka akan dihadiri bersama oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

“Oleh itu. saya menyeru kepada masyarakat sekitar  bandaraya Kota Kinabalu agar terus menyokong dan memeriahkan pertandingan ini,” katanya.

Kunjungan tersebut diadakan bagi menjemput Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah untuk hadir bagi menyaksikan pertandingan tersebut selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut mengadakan kunjungan kepada Tun Juhar adalah Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah, Datuk Awang Sham Amit dan rombongan.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan DPMM Sabah yang baru selain memberi penerangan kepada Tun Juhar tentang peranan dan kegiatan yang dilaksanakan bagi DPMM Sabah yang kini mempunyai lebih 200 orang ahli berdaftar yang aktif.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular