HomeUtamaTiga fokus utama diberi tumpuan dalam usaha jaga keselamatan, kedaulatan ESSzone

Tiga fokus utama diberi tumpuan dalam usaha jaga keselamatan, kedaulatan ESSzone

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Tiga fokus utama akan diberi tumpuan dalam usaha menjaga keselamatan dan mempertahankan kedaulatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, ia termasuklah penguatkuasaan undang-undang bersama dengan beberapa agensi ESSCOM di kawasan ESSZone.

“Kita akan memperhebatkan lagi risikan keselamatan dan sudah tentu untuk sumber risikan.  Jadi ini kita akan perhebatkan, sudah tentu ianya akan melibatkan kolaborasi pelbagai agensi.

“Saya memerlukan kerjasama di semua peringkat sama ada di dalam atau luar negara, mungkin sumber risikian kita.  Tanpa sumber maklumat kita mungkin akan gagal.  Kita akan perhebatkan yang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Komander ESSCOM di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Majlis penyerahan tugas komander itu adalah diantara Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby kepada Victor dan turut disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Victor yang merupakan anak jati daerah Keningau berlatar belakangkan kepakaran dalam bidang siasatan dan teknologi akan turut memperkasakan penggunaan segala bentuk teknologi yang bersesuaian dalam operasi keselamatan itu.

Beliau juga akan memberi fokus untuk melibatkan komuniti setempat di kawasan-kawasan ESSzone untuk turut sama memikul tanggungjawab menjaga keselamatan.

“Biarlah mereka juga mempunyai tanggungjawab, bukan tanggungjawab untuk mencegah keselamatan di bawah ESSCOM tetapi masyarakat yang berada di sekitar sama ada yang berada di darat atau tepi pantai, mereka juga mempunyai tanggungjawab sama.

“Jadi kita akan menggemblengkan tanggungjawab bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan program-program yang saya sebutkan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya