HomeSukan16 belia kurang bernasib baik di Sabah terpilih sertai Akademi DMT

16 belia kurang bernasib baik di Sabah terpilih sertai Akademi DMT

Read Time:1 Minute, 47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 16 belia kurang bernasib baik dari pelbagai daerah di Sabah menjadi antara kumpulan pertama terpilih menyertai Akademi Discover MuayThai (DMT).

Inisiatif bagi membuka akademi itu di Sabah adalah selepas menerima sambutan yang menggalakkan dari belia di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DMT Imran Harith berkata, pembukaan akademi itu di negeri ini juga adalah bertujuan bagi membantu dan memperkasakan golongan belia di Sabah khususnya yang memerlukan bimbingan dan dorongan.

“Kami telah bermula sejak 10 tahun lalu namun ianya adalah di Semenanjung dan pada ketika itu kami hanya mengambil pelatih seramai lapan orang dimana mereka adalah terdiri dari golongan kurang bernasib baik seperti mereka yang tidak lagi menyambung pelajaran.

“Apabila kita membuka pendaftaran di Semenanjung, saya dapati permohonan dari Sabah adalah yang tertinggi.  Jadi kami mengambil inisiatif bagi mengadakan perbincangan bersama Persatuan MuayThai Sabah, kenapa tidak buka di Sabah?.

“Maka hasil perbincangan yang dilaksanakan, akademi ini secara rasmi mula dibuka pada 1 Jun lalu dan seramai 16 belia menjadi kumpulan pertama untuk  negeri ini dan keenam untuk Akademi DMT,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini hari ini.

Imran berkata, pelbagai aktiviti dan latihan akan dilaksanakan di akademi berkenaan selama hampir empat bulan bermula seawal jam 5 pagi hingga 10 malam.

Katanya, pendekatan akademi itu adalah merangkumi pertumbuhan sahsiah, insaniah, kepimpinan dan bakat.

“Kami dapar menyaksikan perkembangan positif baik di dalam dan di luar gelanggang latihan dan mencapai hasrat utama kami iaitu melihat anak-anak mud aini berdikari dan menjalani kehidupan yang bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, Imran berkata, pihaknya juga telah memberi impak yang ketara kepada belia berisiko melalui pelbagai program. 

Katanya, alumni akademi DMT juga kini telah berkembang menjadi jurulatih dan kakitangan pentadbiran di tiga cawangan DMT di Lembah Kelang.

“Impak daripada inisiatif DMT dapat disaksikan melalui pencapaian luar biasa alumninya, ada beberapa orang yang telah muncul sebagai atlet Muay Thai dan Kickboxing terkemuka, mewakili Malaysia dan membawa pulang pingat daripada acara berprestij seperti Sukan SEA.

“Selain itu ada juga yang telah menumpukan bakat dan kepakaran menjadi jurulatih yang berjaya, malah ada yang telah menubuhkan gim Muay Thai mereka sendiri,” katanya, – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular