Read Time:26 Second
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin.
Kunjungan itu telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu.
Dr Rose Nani telah menyandang jawatan sebagai pengarah JKNS sejak Julai 2021 dan akan bersara wajib pada hari ini.
Hajiji bagi pihak Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dr.Rose Nani atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di Sabah. – SABAH MEDIA