344 calon SPM 2022 di Sabah peroleh keputusan cemerlang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Seramai 344 calon (1.0%) daripada 34,461 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Menengah (SPM) di negeri Sabah memperoleh keputusan cemerlang (gred A+. A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 253 calon (0.64%) pada tahun 2021.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Mohd Zaini Yanin berkata, merujuk kepada keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 91 calon (0.36%) di Sabah memperoleh keputusan lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022.

Menurutnya, bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 3,155 calon (9.16%) pada tahun 2022 berbanding 2,944 calon (8.56%) pada tahun 2021.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 211 calon (0.6%). Sementara itu seramai 12.026 calon (34.90%) lagi telah memperoleh sekurang- kurangnya lulus semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2022 berbanding 12,385 calon (35.96%) pada tahun 2021,” katanya semasa mengumumkan keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 bagi negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohd Zaini lagi, Gred Purata Negeri (GPN) tahun 2022 adalah 5.22 berbanding 5.35 pada 2021 iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata. Ini menunjukkan pencapaian calon SPM tahun 2022 adalah lebih baik berbanding calon SPM 2021.

Beliau turut mengumumkan peratus calon yang layak menerima sijil SPM tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan, iaitu daripada 89.76% pada tahun 2021 kepada 92.37% pada tahun 2022. Peningkatan ini adalah sebanyak 2.61%.

“Manakala seramai 146 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), iaitu dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2022.

“Berdasarkan jumlah tersebut sebanyak 58.9% CBPK layak memperoleh sijil SPM tahun 2022 berbanding 48.8% pada tahun 2021. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.1% iaitu 23 calon,” katanya.

Mohd Zaini memaklumkan juga bahawa pencapaian SPM tahun 2022 bandar dan luar bandar telah menunjukkan peningkatan/penurunan.

“Oleh hal demikian, jurang pencapaian calon SPM tahun 2022 antara bandar dan luar bandar telah semakin melebar, iaitu 0.61 mata berbanding SPM tahun 202,” tambah beliau.

Sepuluh sekolah mencatatkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan SPM 2022 terdiri daripada SM Sains Sabah, Kota Kinabalu, SMK Agama Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, SMK Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu, SM Sains Lahad Datu, Lahad Datu, SMK St Michael, Penampang, SMA Al-Irsyadiah Marakau Ranau, Ranau, SMK Perempuan Sandakan, Sandakan SMK Agama Tun Juhar, Sandakan, SM Islamiah Tawau, Tawau dan SMK St Patrick, Tawau.

Sementara itu, sebanyak lapan sekolah bandar tersenarai dalam pencapaian lonjakan terbaik SPM 2022 iaitu SMK Perempuan, Kota Kinabalu, SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu, SMK Tiong Hua, Sandakan, SMK Perempuan Sandakan, Sandakan, SMK Tawau, Tawau, SMK Jalan Apas, Tawau, SMK Pasir Putih, Tawau, SMK Titingan, Tawau.

Manakala 19 sekolah luar bandar turut tersenarai pencapaian lonjakan terbaik SPM 2022 iaitu SMK Membakut, Beaufort, SMK Membakut II, Beaufort, SMK Sook, Keningau, SMK Sikuati, Kudat, SMK Abdul Rahim, Kudat, SMK Lok Yuk, Kudat, SMK Banggi, Kudat, SMK Sepulot, Nabawan, SMK Bongawan, Papar, SMK Kimanis, Papar, SMK Bongkol, Pitas, SM Agama Al-Irsyadiah Marakau Ranau, Ranau, SMK Matupang Jaya, Ranau, SMK St Mary, Sandakan, SMK Datuk Panglima Haji Jakarullah, Semporna, SMK Datuk Panglima Abdullah, Semporna, SMK Wallace Bay, Tawau, SMK Chinta Mata, Tenom , SMK Tun Fuad Stephens Tuaran.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *