HomeUtamaMasyarakat diseru bekerjasama rapat tangani isu keselamatan

Masyarakat diseru bekerjasama rapat tangani isu keselamatan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu:  Masyarakat khususnya di negeri ini diseru untuk terus bekerjasama rapat dengan pihak Polis dalam menangani isu keselamatan di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya sentiasa komited menyelesaikan sebarang isu keselamatan yang timbul secara berkesan demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti pasukan tersebut.

“Kita akan memastikan rakyat akan merasa selamat dan tidak wujud apa-apa keraguan berkaitan dengan keselamatan secara keseluruhan di Sabah.

“Setiap elemen ataupun isu yang menimbulkan keraguan itu, kita akan dapatkan jawapan untuk mengembalikan keyakinan dan keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Jauteh berkata, pihaknya menyeru rakyat di negeri ini agar memberikan kerjasama kepada Polis selaim menjadi rakan kepada PDRM dalam menjaga keselamatan.

“Menjadi rakan bermaksud memberikan informasi dan kerjasama dalam apa juga bentuk bagi mengekalkan keselamatan dan bagi memastikan rakyat dan PDRM sentiasa bersama,” katanya.

Hadir sama dalam rombongan tersebut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Deputi Komisioner Shahurinain Jais, Komander Briged Sabah Senior Asisten Komisioner Abdul Rani dan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Senior Asisten Komisioner Nik Md Zain Nik Omar.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri tidak pinggir wakil rakyat pembangkang, tetap...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya