HomeIsu tempatan'North Borneo's Intervarsity Surgical Quiz Competition' platform kongsi ilmu berkaitan bidang pembedahan 

‘North Borneo’s Intervarsity Surgical Quiz Competition’ platform kongsi ilmu berkaitan bidang pembedahan 

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Pertandingan ‘North Borneo Intervarsity Surgical Quiz Competition’ di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu menjadi platform terbaik bagi pelajar untuk menimba dan berkongsi ilmu berkaitan bidang pembedahan. 

Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree berkata, pertandingan anjuran bersama UMS dan Sabah Surgical Society itu disertai oleh pelajar perubatan dari enam universiti, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Segi University, International Medical University (IMU), dan UMS.

“Kita mahu pastikan para peserta mendapat manfaat daripada pertandingan ini bukan sahaja melalui belajar di universiti tetapi memperoleh ilmu melalui pengalaman pertandingan sebegini.

“Ini sekali gus membolehkan mereka menambah pengetahuan baru serta berkongsi dengan para rakan dan pensyarah di universiti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas acara pembukaan pertandingan tersebut di Auditorium FPSK, UMS. 

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Surgeri FPSK, Prof. Madya Dr. Mohd. Firdaus Mohd. Hayati memaklumkan setiap universiti menghantar empat atau lima pelajar bagi menyertai pertandingan tersebut. 

“Kita mengharapkan para peserta bertanding secara sihat dan menjawab dan berbincang serta bersama-sama berkongsi informasi berkaitan pembedahan dengan baik,” katanya. 

Pada pertandingan akhir yang berlangsung di Hotel Hilton, Kota Kinabalu, kumpulan pelajar dari UPM telah berjaya memenangi pertandingan tersebut, sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM1,000.

Mereka menewaskan kumpulan pelajar dari IMU selepas mengharungi lima pusingan individu dan lima pusingan buzzer.

Kumpulan pelajar dari IMU membawa pulang hadiah berjumlah RM500 selepas kejayaan mereka mara ke pertandingan akhir. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular