HomeUtamaPelajar autisme peroleh 5A1B, minat bidang teknologi maklumat

Pelajar autisme peroleh 5A1B, minat bidang teknologi maklumat

Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pelajar calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) yang mengalami masalah autisma tahap rendah (mild autisme) membuktikan kekurangan diri tidak menjadi penghalang untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Mohd Nabil Izzat Mohd Talip, 18, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2022 sekurang-kurangnya 5A bagi kategori E, CBPK. Dia berjaya memperolehi 3(A) 2(A-) 1(B+).

Anak kedua dari lima beradik itu berasal dari Padas Damit Beaufort dan membesar di daerah Putatan kerana mengikuti ibubapanya yang bekerja di sini.

Ibunya Siti Napsiah Kiflin, 52, yang juga seorang jururawat pergigian di sebuah klinik kerajaan di sini berkata, anaknya Mohd Nabil adalah seorang anak yang istimewa buat mereka kerana kejayaan yang diperolehi adalah hasil dari usaha Mohd Nabil sendiri.

“Apa yang saya perhatikan Nabil seorang anak yang suka berdikari, dia minat dalam bidang teknologi maklumat (IT), walaupun dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya tetapi kami tidak melihat kekurangannya itu.

“Nabil tersenarai pelajar memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan SPM 2022 adalah satu pencapaian yang membanggakan kami kerana dia telah membuktikan kekurangan diri bukanlah penghalang baginya untuk berjaya,” kata Siti Napsiah ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2022 di SMK Agama Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Menurut Siti Napsiah, beliau menyedari anaknya (Nabil) menghidapi masalah autisma tahap rendah sejak dari kecil sehingga usianya lima tahun.

Katanya, pada ketika itu Nabil adalah seorang kanak-kanak hyperactive dan tidak mahu bercakap.

“Dari kecil kami sedar Nabil tidak mahu bercakap dan hyperactive tetapi setelah kami hantar ke sekolah tadika barulah dia bercakap dan terus pandai membaca.

“Sehinggalah ke sekolah rendah dan menengah dia selalu tersenarai dalam lima pelajar terbaik di kelasnya.

“Dia suka belajar dan rajin mengulangkaji ditambah lagi dia sangat berminat dalam teknologi perisian komputer,” katanya.

Menurut Siti Napsiah lagi, Nabil pernah menyertai Cabaran IT Global Peringkat Kebangsaan dalam talian dan atas bimbingan guru-gurunya di sekolah, dia menjadi johan dalam pertandingan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Enam rumah musnah terbakar di Kampung Unta, Lahad Datu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya