HomeIsu tempatanUsaha bangunkan generasi cinta Al-Quran perlu terus diperkasa

Usaha bangunkan generasi cinta Al-Quran perlu terus diperkasa

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tenom:  Usaha bagi membangunkan generasi yang mencintai, memiliki akhlak dan ilmu agama khususnya Al-Quran perlu terus diperkasa.

Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah,  Toh Puan Norlidah R.M Jasni berkata, penganjuran kelas-kelas pengajian di setiap masjid, surau dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini hendaklah dipertingkatkan bilangannya.

“Semua pihak haruslah bersama-sama menggembleng tenaga bagi memartabatkan Al-Quran melalui aktiviti membaca, menghafal dan memahami isi kandungan untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian setiap mukmin.

“Marilah kita terus membaca Al-Quran setiap hari, kalau tak mampu satu juzuk bacalah separuh juzuk. Jika tak mampu bacalah satu muka surat, kalau masih tidak mampu, berusaha dengan satu ayat atau cukuplah dengan hanya memandang Al-Quran dengan penuh rasa tawaduk sebagai umat Islam,” katanya.

Toh Puan Norlidah berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Bacaan Yasin Bersama Yayasan Nur Jauhar di Dewan SJKC Tsi Sin di sini kelmarin.

Seramai 101 jemaah menyertai majlis tersebut  yang terdiri daripada wakil dari Masjid Ar Rahman, Masjid Jamek Kg Chinta Mata, Masjid Al Hidayah Kg Lagud, Masjid Hidayatullah Perumahan Kallang, Surau Al Hidayah Hospital Tenom, Surau As Syakirin Kg Ulloi Tenom, Surau An-Nuur Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom dan Surau Al Falah, Kg Bunut. 

Turut diadakan penyampaian tazkirah oleh Dk Rohhidayati Pg Duraman, manakala bacaan yasin diketuai oleh Nazurah Mahat.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Mas Syazwan Masood, Ketua Polis Daerah, DSP Hasan Majid dan Pengerusi Puspanita Daerah, Mastizah Samad.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular