HomeUtamaTiada Penjawat Awam, Petugas Kontrak Diberhentikan Selepas Pertukaran Kerajaan - Armizan

Tiada Penjawat Awam, Petugas Kontrak Diberhentikan Selepas Pertukaran Kerajaan – Armizan

Read Time:48 Second

BERNAMA

PARLIMEN — Tiada penamatan serta-merta perjawatan dalam perkhidmatan awam termasuk petugas kontrak selepas beberapa agensi dibubarkan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata proses penstrukturan semula selepas pertukaran kerajaan termasuk pembubaran beberapa kementerian dan agensi hanya melibatkan penjajaran semula petugas ke tempat baharu.

“Contohnya, pembubaran Kementerian Wilayah Persekutuan, Unit Perumahan Awam serta penggabungan KeTSA (Kementerian Tenaga dan Sumber Asli) dan KASA (KementeriAn Alam Sekitar dan Air), tidak melibatkan penamatan jawatan penjawat awam serta petugas kontrak.

“Tetapi, kami menjajarkan semula penjawat awam sedia ada ke tempat baharu,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (BN-Kalabakan) sama ada pembubaran beberapa kementerian dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan melibatkan penamatan perkhidmatan penjawat awam dan petugas kontrak.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya