HomeIsu tempatanBot Karam: Suami masih hilang, isteri selamat cedera di kaki

Bot Karam: Suami masih hilang, isteri selamat cedera di kaki

Read Time:57 Second

TAWAU: Sepasang suami isteri tercampak ke dalam laut selepas bot yang dinaiki terlanggar sesuatu dan karam dalam satu kejadian di kawasan perairan Pulau Sebatik dekat sini pada pagi tadi (9 Jun).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.07 pagi tadi (9 Jun).

“PGO Sabah terima panggilan kecemasan bot karam di alamat Perairan Pulau Sebatik Tawau 5 batu nautika dari jeti Sungai Melayu.

“Menurut pihak Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM), seorang mangsa perempuan telah dijumpai selamat namun mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala seorang mangsa lagi belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya pihak pasukan bomba bersama agensi lain Maritim, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pencarian di perairan Sungai Melayu dan Pulau Sebatik.

“Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung semula pada esok hari (10 Jun),” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan Maritim Malaysia kedua-dua mangsa dipercayai suami isteri, isterinya bernama Lina Arifin manakala suaminya Abd Rahim Kasil, 56.

“Isterinya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular