HomeUtamaMTUC Sabah mohon percepatkan Pindaan Ordinan Buruh Sabah

MTUC Sabah mohon percepatkan Pindaan Ordinan Buruh Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Bahagian Sabah (MTUC Sabah) menyuarakan sokongan penuh keatas kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkenaan pindaan Ordinan Buruh Sabah (Chapter 67).

Setiausaha MTUC Sabah Engrit Liaw menerusi satu kenyataan hari ini berkata, mengesa agar pindaan SLO disegerakan memandangkan ianya telah masuk pertengahan tahun 2023 dan pindaan telah pun lama tertangguh.

Katanya, dengan pindaan beberapa artikal penting, para pekerja di Sabah akan menikmati faedah sama dibawah Akta Kerja 1955 yang dinikmati oleh rakan-rakan di Semenanjung.

“MTUC Sabah juga mengambil perhatian ke atas kes ‘paternity leave’ baru-baru ini yang melibatkan seorang pekerja kehilangan isteri setelah beberapa hari melahirkan,” katanya.

Menurut Engrit, perkara ini menjadi satu indikator jelas bahawa keperluan segera ke atas SLO sangat mendesak begitu juga dengan peruntukan ke atas cuti bersalin (maternity leave) dan sebagainya.

“Keperluan pindaan keatas faedah-faedah sangat penting mengambilkira keperluan perubahan budaya pekerjaan masa ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, dalam beberapa sesi mesyuarat dengan Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK) serta Persatuan Majikan-Majikan, MTUC Sabah bukan hanya menyatakan keperluan segerakan pindaan juga keperluan penubuhan Majlis Penasihat Buruh Sabah atau Sabah Labour Advisory Council (SLAC).

“MTUC Sabah sekali lagi mendesak agar pindaan SLO dan penubuhan SLAC disegerakan melihat kepada realiti perlindungan pekerjaan berbanding pembangunan di Sabah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular