HomeIsu tempatanPenambahbaikan Pusat Sumber SJKC Pada bukti persahabatan Sabah, China

Penambahbaikan Pusat Sumber SJKC Pada bukti persahabatan Sabah, China

Read Time:1 Minute, 36 Second

Tenom : Penambahbaikan Pusat Sumber Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pada di sini merupakan bukti persahabatan antara Sabah dan Republik China.

Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang berkata, selain menunjukkan persahabatan yang mendalam antara dua negara, projek bersama Yayasan Nur Jauhar (YNJ) itu juga bertujuan bagi menyumbang kepada pengembangan pendidikan di Sabah terutama kepada para pelajar luar bandar.

“Kemudahan membaca baharu ini telah menjadi syurga baru buat para pelajar serta menyediakan persekitaran membaca dan belajar yang sangat baik untuk pelajar tempatan.

“Ia juga dilihat menyumbang kepada pengembangan pendidikan di Sabah dan membantu kanak-kanak di luar bandar memperoleh pengetahuan ekstrakurikuler.

“Semoga ia mampu mengembangkan tabiat membaca yang baik dan terus meningkatkan literasi ilmiah mereka dan seterusnya terus menjadi dorongan persahabatan dan kerjasama antara dua negara,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pusat Sumber SJKC Pada di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Raisin Saidin berkata program seumpama memberikan impak positif terhadap budaya suka membaca dalam kalangan murid, warga sekolah bahkan juga ibu bapa dan waris murid.

“Sumbangan ini menyokong hasrat Pendidikan Negara memastikan tidak ada golongan yang tercicir dalam menerima akses kepada pendidikan berkualiti melalui pembacaan buku.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada YNJ dan Konsulat Republik Rakyat China di Kota Kinabalu atas usaha murni ini dan pihak JPN Sabah amat menghargai serta menyanjung tinggi atas sumbangan yang disalurkan buat anak-anak murid ini terutamanya di bahagian pedalaman yang benar-benar memerlukannya,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Rendah dan Pra, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Halina Labaja.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang diiringi Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Datuk Al-Hambra Juhar.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Guru Besar SJKC Pada, Sim Pit Jin dan Isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datin Wahida Mardiana Norsalim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya