HomeUtamaJHEAINS dicadang laksana kursus pengurusan kewangan masjid, surau

JHEAINS dicadang laksana kursus pengurusan kewangan masjid, surau

Read Time:59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diminta untuk melaksanakan kursus pengurusan kewangan disemua masjid dan surau di seluruh negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bertujuan bagi memastikan pengurusan kewangan di masjid dan surau lebih telus selain memberi keyakinan kepada individu yang memberi sumbangan.

“Saya akan meminta kepada pengarah JHEAINS untuk menganjurkan kursus pengurusan kewangan masjid dan surat seluruh Sabah.

“Kursus seperti ini perlu termasuklah perlu diaudit oleh mereka yang bertauliah agar kita dapat melihat pengurusan kewangan masjid dan surau itu lebih telus selain mereka yang memberi sumbangan akan lebih yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemimpin Cakna Asnaf dan Ilmu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, kursus itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.

“Bagaimanapun, kita akan lihat semula sama ada sempat dilaksanakan tahun ini.  Jika tidak, ianya akan dilaksanakan tahun depan kerana ianya akan melibatkan peruntukan.

“Kursus ini juga penting dalam membangunkan ummah yang lebih berintegriti agar semua pihak yakin terdapat pengurusan masjid dan surau secara keseluruhan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular