HomeUtamaEl-Nino : Hampir 10 peratus hasil tanaman alami kemerosotan

El-Nino : Hampir 10 peratus hasil tanaman alami kemerosotan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Fenomena El-Nino yang menyebabkan berlakunya cuaca kering dan panas melampau di negara ini telah memberi kesan kepada kemerosotan pelbagai hasil tanaman hampir 10 peratus.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, meskipun fenomena ini berlaku namun ianya tidak memberi kesan yang besar kepada beberapa jenis tanaman lain.

“Pada ketika ini cuaca masih berada dalam lingkungan antara 34 darjah celcius dan keadaan juga masih dalam keadaan terkawal, kenapa saya cakap macam itu, kerana pada tahun 1990 an negara pernah mencapai cuaca lebih 38 darjah celcius.

“Buat masa ini tanaman padi masih dilihat boleh bertahan manakala sayuran dan tumbuhan lain seperti buah-buahan adalah sedikit kemerosotan namun semua masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Komuniti Kebun Bandar Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Terdahulu, ketika berucap, Chan berkata, Kebun Komuniti Bandar yang digerakkan secara intensif sejak 2021 itu adalah bertujuan bagi memperkasa komuniti bandar, dengan  mengoptimumkan tanah atau ruang persekitaran melalui aktiviti perkebunan.

Katanya,ia juga dilihat dapat menangani cabaran baharu berikutan kepesatan pembangunan, iaitu dengan mengintegrasi elemen pembangunan ekonomi, perkembangan sosial dan pemuliharaan alam sekitar bagi mendokong komitmen Malaysia memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals 2030. 

“Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sendiri melalui inisiatif Datuk Bandar telah melancarkan Garis Panduan Kebun Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu pada April 2022 yang lalu bagi menyokong agenda ini.

“Menerusi agenda itu sehingga kini telah berjaya mewujudkan lapan kawasan kebun bandar berdaftar di sekitar kawasan bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Katanya, antara kebun bandar itu ialah Kuarters Nurseri Likas  (Kebun Komuniti Kaurters A); Nurseri Likas Komuniti (Pejabat Nurseri Likas); Taman Kuala Menggatal; KRT Kg. Sembulan Baru (Dalam Tabika Perpaduan A); JKDB Taman Sempelang ; Grace Court Apartment Community ; Taska Stella Maris, Tg. Aru dan Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Tg. Aru. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular