HomeIsu tempatanBayi lelaki baru lahir ditinggalkan atas reban ayam

Bayi lelaki baru lahir ditinggalkan atas reban ayam

Read Time:1 Minute, 1 Second

LAHAD DATU: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan tanpa sebarang pakaian ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, dekat sini pada awal pagi tadi (12 Jun).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian ini disedari oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 51 tahun merupakan penduduk kampung berkenaan semasa melihat ke kawasan reban ayam miliknya pada jam 6.30 pagi tadi.

Dr. Rohan berkata, sebaik menerima maklumat mengenai penemuan bayi tersebut, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Bayi lelaki yang seberat tiga kilogram itu telah dibawa ke hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Rohan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana penjaga yang bertanggunjawab menjaga bayi tersebut dengan niat hendak membuang bayi terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dihukum
penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan
kedua-duanya.

“Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian Hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular