HomePendapatMengapa Ramai Orang Korea Minat Datang Ke Sabah? 

Mengapa Ramai Orang Korea Minat Datang Ke Sabah? 

Read Time:3 Minute, 0 Second

oleh – Muda Muhammad
Bulan lepas, ada satu artikel mengulas mengenai negara Korea, KOREA – Lebih Miskin Dari Negara Afrika, Kini Menjadi Antara 10 Negara Terkaya Dunia. Bukan sengaja-sengaja hendak ulas, tetapi ianya dibuat kerana terlalu ramai orang Korea minat datang ke negeri Sabah. Apa penyebab ramai orang Korea minat datang ke Sabah? Apa yang buatkan mereka tertarik dengan Sabah?

Pada bulan Mac tahun 2023, sejumlah 21,541 pelancong Korea datang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja  ke Sabah. Antara Januari dan April tahun ini sejumlah 68,685 orang pelancong Korea datang ke Sabah. Ini peningkatan yang amat mendadak berbanding sejumlah 55,152 sepanjang tahun lepas (2022).

Apa yang membuatkan mereka teringin datang ke Sabah? Menurut Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah orang Korea minat dengan tiga perkara di Sabah iaitu pulau, pantai dan padang golf. 

Seorang pengguna Facebook, menulis satu coretan bertajuk “Kenapa ramai orang korea kat UMS ni?”. Ujarnya, ramai peniaga dan rakyat Sabah di Kota Kinabalu obsess dengan kehadiran ramai orang-orang daripada Korea ini. Ada pasaraya yang yang berorientasikan Korea dan rata-rata peniaga-peniaga pun ada yang fasih berbahasa Korea.

 
“Every vendor di pasar KK can Korea / Japanese / Chinese / English bcs of the influx of tourists that come visit” tulis TahliaTahir.

“Bukan kedai atau lorong ya, an entire mall with businesses targeted towards Korean. Sekarang pun kalau pergi sana, masih nampak Korean tourists datang in trips.

Saya selalu ke sana sebab ada SportsDirect outlet yang, saya rasa, was the only thing that kept the mall in business throughout the pandemic 😂 Thankfully, international tourism is opening up again, mall tu pun dah start orang bukak kedai dalam tu.

Nasihat saya kepada peminat KPOP, kalau nak jumpa orang Korea ramai, datanglah KK. Kawan saya pun ada beberapa yang mix-korean thanks to this whole Sabah-craze by Koreans.” tulis Ahmad Wazir Aiman.

Suka sangat orang Korea dengan padang golf di Sabah sampai mereka anjurkan satu kejohanan golf di Sabah. Pada hujung tahun lepas, Sabah menjadi tuan rumah kepada kejohanan SBS Golf Korean Ladies Professional Golfer Association (KLPGA) di Dalit Bay Golf & Country Club. Kejohanan ini disiarkan dalam rancangan televisyen di Korea Selatan dan mendapat rating yang tinggi di sana.

Bukan itu sahaja, orang Korea Selatan juga minat melabur di Sabah. Wilayah Gyeongsang Utara di Korea Selatan yang merupakan wilayah terbesar di Korea Selatan telah menyatakan minatnya untuk menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.

Gabenor Wilayah Gyeongsang Utara dipakaikan baju tradisional Kadazan ketika membuat kunjungan rasmi ke pejabat Ketua Menteri Sabah.

Wilayah terbesar di semenanjung Korea itu juga merupakan pusat industri keluli dan tekstil Korea Selatan. Hasrat itu disampaikan oleh gabenor wilayah Gyeongsang Utara iaitu Lee Cheol Woo, yang membuat kunjungan hormat di pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor pada hujung bulan lepas.

Ramai pelancong dari Korea suka melihat suasana sunset di pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Ada juga pelancong Korea Selatan yang suka merasai kupi-kupi di Kota Kinabalu. Antara kedai kopi tarikan pelancong Korea adalah di kedai kopi yang berusia lebih 100 tahun iaitu kedai kopi Yuit Cheong. Dibuka sejak tahun 1896 lagi, di samping itu juga, ada pelancong yang suka kedai kopitiam ini kerana hidangan satay perut.

Hari ini, Sabah dan Korea Selatan berpisah tiada. Ada ramai lagi pelancong dari Korea Selatan yang sedang menunggu untuk datang menikmat 3P ini iaitu pulau, pantai dan padang golf di Sabah. Ada 30 penerbangan terus ke Sabah dari Incheon dan Busan setiap minggu.

Seronok orang Korea Selatan datang ke Sabah, mereka menikmati pengalaman pelancongan yang baharu di Sabah. Rakyat Sabah juga dapat untungnya, menambah pendapatan dan menjana ekonomi setempat.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

LKAN KKDW – Kelewatan Melampau Seolah Tiada Ketergesaan Sejahterakan Penduduk Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular