HomeIsu tempatanDua cedera, kemalangan melibatkan lori muatan kayu dan Bas Ekspres

Dua cedera, kemalangan melibatkan lori muatan kayu dan Bas Ekspres

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori muatan kayu dan Bas Ekspres (Semporna-Kota Kinabalu) di Jalan Tamparuli – Ranau awal pagi tadi (13 Jun).

Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan lori muatan kayu dan Bas Ekspres di Jalan Tamparuli – Ranau pagi tadi.Foto ihsan JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.04 pagi tadi mengenai kejadian tersebut.

“Sebaik menerima panggilan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori muatan kayu dan Bas Ekspres (Semporna-Kota Kinabalu) milik Syarikat Dyana Ekspres.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan yang merupakan penumpang Bas Ekspres telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa seterusnya di hantar ke hospital menaiki Jentera EMRS dan Ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Bas Ekspres yang terlibat dengan kemalangan itu memuatkan seramai 33 orang termasuk pemandu, pembantu pemandu dan penumpang.

Dua mangsa yang mengalami kecederaan dikenali sebagai Kantie Amir, 29, dan Nursiq Rahim, 39.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular