HomeUtamaMetMalaysia laksana ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Putatan

MetMalaysia laksana ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Putatan

Read Time:34 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

Pengujian siren itu akan dilaksanakan di Balai Cerap Al-Biruni,Putatan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 14 Jun 2023 (Rabu) di Balai Cerap Al-Biruni,Putatan,Sabah jam 10 pagi hingga 12 tengah hari,” menurut kenyataan MetMalaysia di sini hari ini.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasab sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu MA63: Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahankan hak perlembagaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular